kAwAn
February 26, 2011
February 22, 2011
sAkiT pALe
February 21, 2011
Jika Ia Rezeki Aku
Dalam hati ini selalu berdoa agar mereka memberi aku peluang menunjukkan kebolehan aku mengendalikan kerja itu..tiap kali aku berdoa biar laa ia menjadi milik aku..aku ingin mengubah kehidupan aku agar menjadi lebih baik dan selesa..aku ingin memberi sedikit kegembiraan ini kepada insan2 yang banyak memberi aku semangat dan doakan aku semoga berjaya dalam hidup dan kerjaya..aku hargai semua itu..
Ya,Allah..tolong laa aku...makbulkan laa doaku ini...
Amin..
February 18, 2011
~ di bolehkan bersanding ~
JAWAPAN: Tujuan asal diadakan majlis walimatulurus adalah untuk memperkenalkan pasangan yang telah diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah kepada tetamu dan para jemputan.
Persandingan hanyalah satu adat Melayu yang menjadi warisan turun-temurun sejak dahulu hingga ke hari ini.
Namun, dalam kemeriahan menyambut majlis bersejarah itu, hendaklah dipastikan syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Berdasarkan pemerhatian, sebahagian adat bersanding diambil dari budaya orang Hindu seperti adat merenjis yang bertujuan mengelak makhluk halus dan nasib buruk. Ia adalah haram dan dilarang.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis sahih Riwayat Abu Dawud).
Dalam hadis yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar RA juga berkata, bahawa Rasulullah bersabda:
"Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki di bawah bayangan tombakku dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka." (Musnad Ahmad)
Namun begitu, Islam memberi garis panduan dalam isu ini kerana sesuatu adat dan budaya itu boleh dilaksanakan selagi mana tidak bertentangan dengan syarak. Antaranya:
Pertama, majlis persandingan itu perlu dibuat secara tertutup khusus untuk ahli keluarga yang mahram sahaja. Kedua, tiada percampuran antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram. Ketiga, tiada pembaziran dan tiada perkara yang melalaikan.
Apa cara pun yang dilakukan, semoga syariat Allah terpelihara dan beroleh keberkatan dan keredaan-Nya.
** Petikan ini dari Kosmo Online **
February 17, 2011
@% tertanya-tanya *%#
" Mr. C nak cari staff tok clerk; Mr. B memulakan bicara"
" Betul ke?Deparment mane?; aku bertanya"
" Eye, deparment kite laa;"
Kenapa?tempat aku diganti???habis aku??dibuang kerja ke??
Ya,allah..kenapa tempat aku perlu diganti dengan orang lain?
Lantas aku menelefon my hubby, menceritakan tentang ini..
" mungkin sayang naik pangkat kot?"
" eyeke bie? harap2 macam 2 laa.."
@%$* betulkah???
February 14, 2011
Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:
``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''
Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.
``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.
Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.
Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'
Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.
Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.
``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.
``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.
Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.
``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.
** Bagi aku ia tidak salah tapi tepuk dada tanya selera..walaupun aku tak raikan tapi bagi aku ia bergantung kepada individu itu sendiri..
**Petikan dari Utusan Malaysia**
income??
setiap manusia mesti mempunyai impian untuk meningkatkan taraf hidup..sama seperti aku; aku ingin membuka sebuah perniagaan bagi menyara family..aku ingin mengubah kewangan aku supaya ia menjadi lebih berbaloi..aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang nie tapi tak salah rasanye untuk aku mencari pendapatan sampingan..
impian aku adelah untuk membuka sebuah perniagaan menjual novel,hadiah,barang2 keseniaan serta mengambil upah menjahit manik dan sulaman; aku juga boleh mengubah barang2 hantaran,bunga telur juga aku terima untuk tempahan.. tapi dengan gaji aku yang tak sebarapa ini mampukah aku memrealisasikan impian aku ini??
aku berharap impian aku ini dapat aku gapai jua nanti...
Diam Seribu Bahasa
February 07, 2011
ASTRO-BANTUAN
HATI MENJAWAB " SAKIT HATI"
BILA TANYA SAMA DIRI, KENAPA MARAH?
DIRI MENJAWAB " BENGANG GILA"
LANTAS HATI MEMBERI LAGI JAWAPAN " KAU BUAT TIDAK TAHU SUDAH!!"
DIRI MENAMBAH " TAPI 1 KAMPUNG DIA CITE!!!!"
YANG TERTEKAN SEKARANG ADALAH AKU!!!!!!!!!!!!!!!
February 02, 2011
KANSER SERVIKS; LELAKI PEMBAWA, WANITA MENDERITA
Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim dinegara kita adalah tinggi. Pada tahun 2002 sahaja , terdapat sebanyak lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100 000 penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes bagi setiap 100 000 penduduk. Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV) khususnya jenis 16 dan 18. Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain. Secara umumnya, walaupun kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada tisu di pangkal rahim dan sebahagian boleh menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.
Bagaimanakah seorang wanita itu boleh dijangkiti virus tersebut? Menurut kajian yang dijalankan, jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya ia disebarkan melalui hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita yang aktif seks menjadi pembawa kepada virus tersebut dalam seumur hidup mereka. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis. Artikel ini dimuat-turun dari www.papisma.org 2 tetapi kejadian tersebut amat jarang berlaku. Kesan yang lebih ketara ialah apabila jangkitan tersebut berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya
boleh berubah kepada kanser. Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal.
Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh virus tersebut. Ini membolehkan ujian lanjut dibuat dan rawatan yang berkesan dapat diberikan diperingkat awal lagi. Kajian yang dijalankan ke atas lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Namun begitu seperti juga wanita, lelaki yang menjadi pembawa virus tersebut tidak mempunyai apa-apa tanda dan setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk mengesan kuman tersebut dikalangan lelaki. Secara khususnya virus HPV jenis 16 dan 18 tidak menyebabkan masalah kesihatan kepada lelaki tetapi boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika ianya menjangkiti pasangannya. Setakat ini masih tidak terdapat cara yang berkesan untuk mengesan dan merawat virus ini. Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan mengamalkan hubungan seks yang selamat, setia dan mengelakkan daripada melakukannya dengan pelbagai pasangan. Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks atau pasangan mereka mempunyai ramai pasangan seks mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus ini.
Perkembangan terkini memperlihatkan penggunaan vaksin bagi mencegah kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Namun begitu vaksin tersebut hanya berupaya melindungi seseorang daripada dijangkiti virus HPV jenis 16 dan 18 yang bertanggungjawab menyebabkan kanser serviks dan virus HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan kejadian ketuat pada kemaluan.
Walau bagaimanapun virus HPV 16 dan 18 hanya menyumbangkan sebanyak 70 peratus sahaja terhadap kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV dan selebihnya pula adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain yang tidak dilindungi oleh vaksin ini. Tambahan pula vaksin ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang masih belum dijangkiti virus tersebut. Oleh itu penggunaan hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks iaitu perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat `kanser serviks. Walau bagaimanapun mereka yang menerima vaksin ini masih perlu menjalani ujian pap smear secara berkala kerana banyak lagi faktor risiko lain yang berkaitan dengan kanser serviks masih tidak dapat dicegah oleh vaksin ini seperti merokok, pendedahan awal kepada seks, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai, umur yang muda semasa mula melakukan hubungan seks dan sebagainya. Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukanya lagi. Ini termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.
Kesimpulannya, kanser pangkal rahim adalah kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita dan berpotensi untuk dicegah. Pengetahuan serta kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat meyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser ini.
~ Artikel ini dimuat-turun dari www.papisma.org ~
February 01, 2011
1 febuari 2011
he3..selain daripada The Besday of Prophet Muhammad s.a.w, Chinese New Year & Federal Territory..bulan ini jugak lahirnya seorang bidadari kayangan dari bumi iaitu aku!!!! ha5...
Tahun nie genap laa aku 23 tahun tapi bukan sekarang laa, pada 26/2/2011 nanti...korang siap2kan laa hadiah k..huhuhuhu
*** aku ngah uat permohonan tok li motor tapi ade dokumen yang lom hantar lagi..
bila masa plak nak gie hantar??
Abg ngah aku da memekak nak motor dia balik!!!1