< eMpuNyA bLoG >

< eMpuNyA bLoG >
~jAmaRRiAh nAmE ny~

...' tiada kata yg dpt m'gubati ati ini dgn seribu bicara'...

~Ungkapan Dari Hati~

..Kesedihan Itu Perlu Untuk Menjadi Kekuatan..




..MENJADI DIRI SENDIRI ITU PERLU DARI MENJADI ORANG LAIN..


kAwAn

May 04, 2012

..Selangkah ke tahap yang 1..

Panduan Ke Alam Perkahwinan
   

Semua pasangan yang melangkahkan kaki mereka ke alam perkahwinan bercita-cita untuk membina sebuah mahligai yang kekal bahagia dengan penuh keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t. Bagi mencapai matlamat ini, bererapa panduan berikut boleh direnungi bersama.

  • Meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."(Surah Al-Furqan, Ayat 74)

  • Menyedari pada hakikatnya bahawa pasangan adalah jodoh yang telah ditentukan Allah s.w.t.
"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-An'am, Ayat 17)

  • Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri sepertimana dituntut dalam agama Islam.
"...mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka." (Surah Al-Baqarah, Ayat 187)
Pakaian di sini bermakna melindung, menanggung dan mengukuhkan antara mereka. Oleh itu, rumahtangga yang misali di sisi Islam adalah apabila sepasang suami isteri saling bantu-membantu antara satu sama yang lain di setiap aspek hidup berumahtangga.

  • Mewujudukan ikatatan persaudaraan Islamiah sesama suami isteri
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al Hujuraat, Ayat 10)
Sebagai saudara seiman dan seagama, hidup berumahtangga akan saling menyayang, saling bertolak ansur, saling memaafkan dan saling mengerti. Maka apabila berlaku pergesaran, insya ‘Allah dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.

  • Memahami bahawa Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. lebih tinggi daripada segalanya sebagai seorang mukmim.
"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri (suami-suami), kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (Surah At Taubah, Ayat 24)
Akan tetapi bagi seorang suami, ibubapa adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Manakala, bagi seorang isteri pula, suaminya adalah tempat kedua dan diikuti ibubapanya. Dari itu, suami isteri harus saling mengerti hak dan kedudukan ini agar menjadi seorang mukmin.


  • Sentiasalah berdoa kepada Allah s.w.t. kebahagiaan kehidupan berumahtangga.
"Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Surah Ar Rad, ayat 29)

Insya ‘Allah, rumahtangga yang dibina kekal bagi mereka yang berjaya menghayati panduan-panduan tersebut. "Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang kepada (agama)-Nya, niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya (surga) dan limpahan karunia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepada-Nya." (Surah An Nisa, Ayat 175)

* Petikan ini diambil : kawin-kawin.com

No comments: